Monday 21 May 2012

ayam panggang

Hari ni nk share resepi ayam panggang. slamat mencuba :)

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam (dipotong 2)
1 sudu makan sos ikan
2 sudu kicap pekat
3 sudu makan madu
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan air halia
3 biji bawang putih dutumbuk lumat
2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa

PERATURANNYA
-cmpurkan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Kemudian, panggang ayam sehingga masak sepenuhnya dan hidangkan.

BAHAN-BAHAN SOS CILI
1/2 cawan cili kering/cili boh
1 botol sos tomato
gula dan garam secukup rasa

*cmpur sume bhn dan tambahkan sedikit air kemudian masak sehingga pekat. hidangkan bersama ayam panggang.. :)










Sunday 20 May 2012

baju kurung tradisional

Assalamualikum. hari ni, gua nak share pola baju kurung. ade spe2x xphm, insyAllah bole tlg jwbkan.


abaikan yg petak kecik tu ye. 

0-1: labuh baju
0-2: ukuran bahu penuh
2-4: labuh lengan
2-5: ukuran lubang ketiak (bahagi 2)
6-7: naik 1"
5-8: 21/2 pesak atas
3-9: 41/2 pesak bawah
9-10: naik 1/2 inci
8-11-12: kekek (21/2 x 21/2)
*basi bg sume bhgian ialah  1/2 inci KECUALI buka tgn dan bhgian bwah skali tu (1-3-10)

KEKEK+PESAK+LENGAN

yg ni contoh nak jait kekek + pesak + lengan

LUBANG LEHER
biasenye amek tudung bekas plastik mcm kat bwh ni.. haha.. senang sikit, lepas tu lipat 2. dah jadi. tp kne la yg sesuai k.







kain die lain kali punye post oke. sbb post tuk kain baju kurung moden pun blom siap.. harap maaf.. :)
jumpa lagi..










kerabu tomato (my favourite)

resepi ni kan, senang nk buat. plus sedap plak tu.. bg yg suka mkn tomato, mst cuba resepi ni. serius, u'll love it very much...!

BAHAN-BAHAN
4 biji tomato
100 gm ikan bilis digoreng
1 biji bwg besar
1 sudu mkn jus limau nipis
1 batang serai dihiris halus
5 biji cili api dihiris halus
1 sudu sos ikan
sedikit gula

CARANYA
campurkan dan gaulkan sehingga rata semua bahan dan bole terus dihidangkan. lebih sedap kalau siap je buat terus mkn, sbb nt ikan bilis tu lemau sbb da serap air kan. ikan bilis tu merangupkan.. :) oke, slamat mencuba.. mesti cuba, sbb sedap.. :))


lg sedap tambah byk sikit cili tu..






Thursday 17 May 2012

baju kurung moden. :)

hasil pembelajaran dkat KEMAS, so gua terpikir la nk share cne nk wat baju kurung moden ni.. oke, gais.. cni ha. sbnanye xde la susa sgt. buat baju ni kejap je kalau nak dibandingkan dengan baju kurung. oke. kat bawah ni ade disediakn gambo tok buat pola. so, korang pepandai la nk wat pakai ape. pling kurang gune je la surat kabo tu ha pas tu selotep sikit. haha. bahasa cincai je la ye..



yg ni pola depan k.. yg lubang 2
 tu menandakan bahagian lipatan.



yg ni pulak pola belakang.

okey, meh sini eden torangkan ape ke bnde ngn num2x bagai tu. kat bawah ni ade instruction die. so, korang bole la rujuk. better korang besarkan sikit gamba tu. mne tau xjelas ke kan.. tp sblom tu, korang kne amek ukuran dulu, bg yg tak tau ukuran ape, so bole follow yg bawah ni dulu, then baru buat pola ye.
UKURAN BAHAGIAN BAJU (inci)
  1. Ukuran lebar bahu.
  2. Labuh lengan panjang
  3. Bukaan tangan lengan panjang
  4. Keliling dada
  5. Keliling ketiak
  6. Mercu ke mercu
  7. Keliling pinggang
  8. Keliling pinggul
  9. Labuh baju
  10. Keliling leher
  11. Bahu ke pinggang
sebelum tu, eden ni buat baju kurung moden yg ade lisu belakang sahaja. so ini je la yg eden mampu bole terangkan. dan berzip.


CARA MEMBUAT POLA BAJU KURUNG MODEN (HADAPAN)

0-1: ukuran labuh baju. 
0-2: ukuran bahu ke pinggang
2-3: pinggang ke pinggul (8")
0-4: ukuran bahu (bahagi 2)
4-5: 11/4 inci
6-7: ukuran dada (+2 dan bahagi 4)
5-7: keliling ketiak ( bahagi 2)
5-8: 41/2 inci (DEPAN)
8-9: 3/4 inci (DEPAN)
5-9-7: temukan
7-10: garis ke bawah.
10-11: 1"
7-11: garis
3-12: ukuran punggung (+2 dan bahagi 4)
11-12-13: garis
14-13: naikkan 1/2 inci dan bentukkan.
0-15: ukuran leher (bahagi 6)
0-16: ukuran leher yg bahagi 6 (+1")

habis untuk pola depan.

POLA BELAKANG
oke pola blkg ni sbnanye sme je ngn depan, cume yg bezanya ialah:

  • bahagian ketiak
  • pinggang
  • leher 
  • tambah tisu
  • bhagian zip
BAHAGIAN KETIAK
5-8: 41/2 inci (DEPAN), 43/4 inci (BELAKANG)
8-9: 3/4 inci (DEPAN), 1/2 inci (BELAKANG)

PINGGANG
bahagian pinggang ni xsme dgn yg depan. yg blkg ni guna ukuran sebenar pinggang, means [ukuran pinggang +2 bahagi 4]. bagi yg nak tmbah LISU, kne tmbah SEINCI. 

LEHER
bahagian leher ni lg xbyk beza. tukarkan je yg ni...
0-16: ukuran leher yg bahagi 6 (+1") ---> SEINCI SAHAJA.

TAMBAH LISU
2-17: 41/2 inci (buat garisan menegak smpai ke garisan dada dan pinggul)
18: turunkan SEINCI dari garisan dada
19: naikkan 2 INCI dari garisan pinggul
20: SETENGAH INCI dari 17

BAHAGIAN ZIP
21: tambah SEINCI dari bahagian leher hingga labuh baju.

habis bahagian badan. smbung pulak bahagian lengan...



yg kt atas ni sbnanye pola lengan, sbnanye ade 2 cara. tp ikot yg paling simple la ea, haha.:)

LENGAN

0-1: labuh lengan
0-2: 31/2 melintang
2-3: garis menegak
0-3: ketiak (bahagi 2)
4-3/0-4: bahagi 2 bahagian, naikkan 1/2 untuk bulatan yg atas dan turunkan 1/2 untuk bulatan bawah (bentukkan)
5-6: naikkan 1/4 inci
1-5: luas bukaan lengan (bahagi2)

* bagi yg pen kaler BIRU tu, tu sbnanye basi baju @ lebihan baju. phmkan? maksudnye, korang kne potong baju tu cmpo ngn basi tu skali. sbb ukuran baju ni btol2x ukuran badan tanpa tambah basi.

leher baju ni ade byk pattern lagi. yg asas jus blaja leher bulat.  oke. buat mse ni, ni sje la yg mampu eden wat. yg tutorial cara nak membuat tu agak complicated sikit. korang bole la rujuk link2x lain. sekian..

Sebelum tu, cer tgok baju2x ni.



cantikkan? semuanye kat Green_APPLE Boutique. baju semua comel2x belaka. jom tgok.. n LIKE skali ye.