Saturday 24 March 2012

Ayam Goreng Percik Berkuah..=) yummy



Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

Bahan A
1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)

Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
****
2 batang serai (dititik)
15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji kelapa (diambil santannya)
asam keping (4-5 keping)
gula & garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
  2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
  3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
  4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
  5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
  6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan




[resepi My Resepi]



Monday 19 March 2012

sahabat sampai syurga



Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.

1 new message.

Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.

Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.

Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.

Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.

Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.

Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.

Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.

Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.



Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.

Aku pasti.

Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.

Aku pasti.

Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.

Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.

Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.

Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.

Andai sahaja dapat aku kongsi.

Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.

Kamu janji, tunggu aku ya?

[artikel iluvislam]








Wahai Adam, dengarlah rintihan Hawa...



"Adam, kenalilah Hawa. Tolong!"Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.



Lalu, harus bagaimanakah?
Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.


Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.


bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.


-[Artikel iluvislam]

Thursday 15 March 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES.


Bahan Choc. Cake
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpi sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair > kacau lagi...
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...
**Siap..



selamat mencuba.. =)

hangs out with my cousins in KL (1)

ASSALAMUALAIKUM... =)

                           da lame aku x update blog aku ni.. hehe =), tp ari ni nak mngubat ngntuk melampau aku ni, da la da tdo lme, tp ngntuklg. ape jenis manusia la aku nil.... Astaghfirullahalazimm... oke, smile, cheer up dey..! oke, kali ni aku nak update pasal aku hangs out ngn spupu yg aku paling syg, walaupun xcukup korum,, tp its oke ape,, dpt jumpe dewang dan mngubat rindu yg lara ni... hehe.. first of all, aku kluar rumah hari jumaat minggu lepas bersmaan 9hb Mac,, aku, Syazwan Zainal n Luqman Hakim selaku spupu sebaya n adik aku.. umm, mula2x ngn aku xkemas baju lagi, kelam kabut xtentu arah, hahahhaa, sengal, 5 minit je aku kemas tuk 4 hari kluar,, mmg gle, bygkan la beg aku tu cne,, pape pun brg penting kne bwk dulu.. dalm kol 1 suku cam tu, aku pun bertolak ladari rumah, ni pun mak cik aku yg anta, makcik aku tu mak Syazwan ni haa, lgpun dia nak amik anak dy kat skola Kenangan..huhu, skola lme aku,, TT..TT rindu~ okeokeoke,, nak touching lak kat sini.. ehehe.. aku ni da la sarapan lagi.. ape lagi, sesampai je kat sne g la mkn kat ats bus sten tu.. pergh, nak buat cne kan,, msakn xbpe sedap, layan je la.. nseb bek bapak aku yg baik hati yg tolong bayarkan...hehe sep duit..kahkah...


Wednesday 14 March 2012

knowing me.. =)



nme aku Nur Fadillah bt Jamal. bole panggil anis, fady, n byk lg nickname aku. yg mne baik, mst aku pndg punye lau panggil.. =)


aku ni hasil cmpuran En. Jamal Aziz ngn isterinya, iaitu mak aku, Pn. Nooryati Pardi..hehe..


n this is my little cute baby, KELABU nme dy, tp panggil, Labu.. comelkan,,





puisi darinya untukku....

tempoh hari
aku dipertemukan dengannya
takdir menjelaskan bahawa dia yang pertama


kelmarin
aku kenal siapa dia
aku mengerti senyuman di balik wajahnya
dan segalanya kian bermula

semalam
aku diuji ombak derita
tersadai aku di pantai duka
namun surutnya laut seiring hulur tangannya
ikhlas menyambut menyelamatkan aku dari lemas kecewa

hari ini
aku pasti, tiada galang gantinya
jauh penghujungnya
besar pengorbanan menuju penamatnya
terkadang luka seperti panasnya mentari
namun, sekali hilang dek deruan angin kecekalan

tapi jika esok
andai janji tak ditepati
andai langkah diam terhenti
andai lukisan terukir sepi
jangan pernah sekali untuk tangisi
jangan pernah sekali untuk menyesali
kerana dia lebih tahu...


khas dari dia untukku.. <3 <3 terima kasih awak..

Wednesday 7 March 2012

im money...! ahahaha..=)

hye and assalamualaikum.. i just dropping here to say about that i like something that related to money2x.. im mata duitan rite now,, hahaha..

Sunday 4 March 2012

someone like me...

hye! n assalamualaikum... just wanna share something that i thing awesome for me.. this is from someone blog, i hope u guys enjoy reading this story..=)

“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”