Wednesday 14 March 2012

puisi darinya untukku....

tempoh hari
aku dipertemukan dengannya
takdir menjelaskan bahawa dia yang pertama


kelmarin
aku kenal siapa dia
aku mengerti senyuman di balik wajahnya
dan segalanya kian bermula

semalam
aku diuji ombak derita
tersadai aku di pantai duka
namun surutnya laut seiring hulur tangannya
ikhlas menyambut menyelamatkan aku dari lemas kecewa

hari ini
aku pasti, tiada galang gantinya
jauh penghujungnya
besar pengorbanan menuju penamatnya
terkadang luka seperti panasnya mentari
namun, sekali hilang dek deruan angin kecekalan

tapi jika esok
andai janji tak ditepati
andai langkah diam terhenti
andai lukisan terukir sepi
jangan pernah sekali untuk tangisi
jangan pernah sekali untuk menyesali
kerana dia lebih tahu...


khas dari dia untukku.. <3 <3 terima kasih awak..

No comments: