Friday 6 April 2012

Berhijrah MenujuNYA..amin~

Assalamualaikum... :) entry aku kali ni berkaitan dengan soal hati dan perasaan manusia serta dunia yang kita tempuhi ni.. rasa kelako plak bile bce ayt aku ni.. apsal beria + skema lak ni?? hahaha.. tetibe ade rse nk update blog aku ni.. dah lme aku tak update.. apa-apa pun, bnde ni ade kaitan ngn kita semua. oke aku nk berceloteh ni.. :) first of all, aku nk tnye la kan,, korang ni pna jatuh cinta x? hahaha.. sengalnye pertanyaan aku ni, msti dlm pale otak korang mengatakan yg aku ni nk cte pasal cintakan..haha.. thats true..! aku ade seorang kawan ni, aku kasi nama X la.. oke, si X ni ade mslah ngn pakwe dy.. aku ni jumpe dy kat bus station.. time tu aku pun nga tunggu bus la kan, nak blek uma.. haha, byase la merantau.. lalala~ then, xsangke plak yg dy bole cte hal peribadi dy kat aku.. huhu.. aku pun da xbole nak kate ape la kan,, just dga, dga, n dga. rupenye2x dy ni tga ade problem ngn pakwe dy. alkisahnye begini.. dy ni sebenarnye dah pun xde ehem2x.. korang tau je la apekan.. oke, pas tu, dy ni rse bersalah sgt, dengan ALLAH. ye, mmg btol tu,, mmg perlu ade rse bersalah tu. ha, pas tu. dy ni berpisah la ngn pakwe dy ni sbb nak mngubah diri masing2x ke arah jln yg benar.. Alhamdulillah, sejuk ati aku dga. 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara maruahnya, dan taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya."

Inilah yg aku ingin perkatakan, mngenai dunia kita pada hari ini. sesungguhnya, dugaan kita semakin lama semakin besar. Wanita, merupakan golongan yg diangkat tinggi pada zaman Rasullulah s.a.w., pada zaman kejahilan, wanita dianggap sebagai smpah. bayi perempuan ditanam hidup, ramai perempuan menjual diri mereka, kemaksiatan berlaku berleluasa di merata-rata tempat, dan mcm-mcm lagi. 




Tujuan aku mengetengahkan isu ini bukanlah untuk memburuk2xkan dirimu wahai sahabat.. maafkan aku. sebagai manusia, kita tidak terlepas dari dosa dan kejahilan,  aku juga begitu, kerana tiada manusia yg sempurna. aku sangat berbangga dengan dirimu wahai teman, kerana kau ingin berubah, dah setelah itu kau benar2x nekad, aku bersyukur. perkara ketiga yg diperkatakan daripada hadis nabi di atas, menunjukkan cara untuk kita (wanita) ke jalan syurga, aku yakin temanku, dengan cara pemakaian kau, dengan cara pertuturan kau, dengan cara kau menjaga diri kau, aku yakin, kau akan menemui jalan yg sgt indah. berdoalah agar kau diterima taubat, aku juga mendoakan yg terbaik buat diri kau. kita wanita biasa,, ALLAH itu maha Pengampun lagi maha Mendengar rintihan kau...




dunia yg semakin maju membuatkn kita semakin alpa dengannya. hari Kiamat juga telah hampir, aku sedar aku bukanlah sorang yg layak untuk memperkatakan hal dunia sedangkan aku masih belajar, belajar menempuhi pelbagai masalah hidup dari alam perut ibuku, hinggalah ke alam dewasa ini, ilmuku juga masih cetek, tetapi aku menjadikan ini sebagai renungan kita bersama iaitu saudara seISLAM.. :) 

wahai temanku, pesan ibuku "Jangan pernah sesekali meninggalkan solat, kerana hidup kita tidak akan tenang jika meninggalkannya" aku yakin bhawa pesanan ini bukan sahaja dari ibuku, malah semua ibu bapa mengharapkan yg terbaik buat anak-anak mereka, sebagai anak yg soleh dan solehah.. marilah kita menuju kejalanNYA, itu lah jalan kebenaran menuju ke syurga. Wassalam.. :)